2-Kajian keberkesanan pembelajaran melalui PAK-21 kepada pelajar Sekolah Menengah Teknik Semenanjung Malaysia

Kajian keberkesanan pembelajaran melalui PAK-21 kepada pelajar Sekolah Menengah Teknik Semenanjung Malaysia

Sesetengah topik di dalam subjek elektrik merupakan perkara yang agak sukar bagi sebahagian pelajar sekolah menengah teknik KPM. Ini kerana konsep asas elektrik memerlukan sedikit imaginasi dan anologi yang bersesuaian. Bagi pelajar yang tidak mampu memahami konsep asas elektrik ini, mereka akan menganggap bahawa topik ini terlalu sukar.

Kajian Penyelidikan ini akan melihat model terbaik untuk memberikan pemahaman asas kepada pelajar sekolah tentang topik elektrik. Beberapa model pengajaran akan digunakan seperti:

- Analogi Elektrik & Perbezaan & Persamaan

- Latihan dan pembentangan dalam kumpulan

- Pemahaman melalui pemerhatian (Makmal)

Bagi mendapatkan input untuk penyelidiakan ini, satu program pendidikan yang diberi nama VOLT-TECH dilaksanakan bersama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) KPM. Peserta program seramai 114 orang pelajar jurusan elektrik dari 7 buah sekolah di semenanjung Malaysia. Tujuh buah Sekolah Menengah Teknik yang hadir dalam program ini adalah Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan), Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (Penang), Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (Johor), Sekolah Menengah Teknik Kuantan (Pahang), Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (Kedah) dan Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu (Melaka) dengan jumlah pelajar seramai 114 pelajar Tingkatan 5 Aliran Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.Keberkesanan kaedah pembelajaran PAK 21 samada melalui analogi, perbincangan dalam kumpulan dan pemerhatian akan dikaji bagi memastikan ianya dapat meningkatkan kefahaman akademi dan pencapaian diri pelajar.

PRINCIPLE INVESTIGATOR:

DR. Jasrul Jamani bin Jamian

MEMBERS:

Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim

Dr. Osman bin Ayop

Dr. Mohd Amri bin Md. Yunus

Dr. Mohamed Sultan bin Mohamed Ali

Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali

Dr. Muhammad Ariff bin Baharudin

Dr. Nurul Adilla binti Mohd Subha